Monday, January 10, 2011

Kelakar ke?

Hari ini hari yang kontroversi bagi diriku.Aku tidak menggunakan unsur-unsur humor dengan sengaja semasa bercakap.Semua yang berlaku itu hanya secara tidak sengaja.Kawan-kawan ada menyatakan aku seorang yang suka berlawak tetapi bagi ku itu semua mengarut sama sekali.Mukaku yang serius ini layakkah dipanggil pelawak?Aku pun hairan lah.Semua yang perkataan yang tersembur daripada mulutku adalah sesuatu yang normal sahaja.Bakat semula jadi yang tertanam dalam diriku mungkin menjadi pemangkin kepada pertuturanku yang suka menghiburkan kaum manusia.

Petang yang suram diselubungi awan mendung yang berarak,aku bersama rakan-rakan meneruskan rol sebagai mahasiswa.Belajar dan terus belajar hari demi hari.Pensyarah mengajarkan mengenai puisi tradisional diselangi lawak jenaka yang memang sudah sebati dengannya.Aku seperti biasalah ditemani sahabat perjuanganku berjuang melawan godaan syaitan yang menghasut supaya kami tidur.

Pensyarah menyatakan beliau ada kejutan kepada kami semua tetapi sebelum itu topik perlambangan dibincangkan.

Pensyarah  :Apa perlambangan bagi warna putih?
Mahasiswa 1    :Warna putih melambangkan kesucian,putih dan suci
Pensyarah  :Kamu Rexy Minaiki,warna biru?
Mahasiswa 2    :Biru tu terang tapi pudar sedikit.
Pensyarah:Kamu memang nak kena ya.

Kelas pada petang ini terus riuh rendah dengan kelak ketawa..
Sikap kreatif dan gramatis mahasiswa yang diuji untuk mencipta pantun dlam masa yang singkat terus menghangatkan lagi suasana pada petang ini.
Pantun yang dihasilkan cukup kreatif sehingga pensyarah menggeleng-gelengkan kepala.
Anda tentu dapat bayangkan betapa kreatifnya kami semua..